Asas Pertama Membina Blog

Saya akan menerangkan langkah demi langkah membina laman blog. Saya akan menggunakan blogger untuk tujuan ini. Daftar akaun gmail.

Untuk membina satu laman blog, anda mestilah mempunyai satu gmail akaun. Ia sama seperti yahoo mail, yang diguna untuk menghantar dan menerima e-mail. Setelah anda membuka satu akaun gmail, anda mesti mengingati username dan password akaun gmail anda. Contoh username akaun gmail saya ialah myrizal1@gmail.com. Jadi username gmail dan password anda akan digunakan bila anda hendak membina laman blog anda. Setelah itu taipkan http://www.blogger.com/ dan laman ini akan muncul. Anda klik saja pada butang CREATE YOUR BLOG NOW.

Kemudian laman kedua akan muncul. Klik pada sign-in kerana anda telah pun mendaftar akaun gmail seperti langkah 1 tadi.

4.Sign-in dengan memasukkan akaun gmail anda di USERNAME dan password akaun gmail anda di PASSWORD. Kemudian klik SIGN-IN.

Okey sekarang tugas anda ialah memilih blog title dan blog URL. Blog title mestilah mempunyai keyword yang sama atau selari dengan Blog URL. Walaupun anda boleh tidak mengikuti nasihat ini tapi untuk tujuan ranking blog anda ia amatlah digalakkan. Contohnya sekiranya Blog URL anda ialah http://ceritakanak-kanak.blogspot.com/ maka Blog title anda ialah LAMAN BERCERITA KANAK-KANAK. Adalah penting supaya primary keyword anda iaitu di Blog URL mempunyai perkataan yang sama di secondary keyword iaitu di Blog Title. Perkara ini akan dibincang pada tajuk SEO Optimization yang akan datang. Jangan lupa untuk check availability Blog URl anda dahulu. Setelah itu klik CONTINUE.

Setelah itu anda perlu memilih template yang sesuai. Dalam kata mudah bagaimana paparan blog yang anda inginkan. Anda boleh memilih template seperti yang telah disediakan. Setelah itu tekan CONTINUE

6. Tahniah. Anda kini telah mempunyai laman blog yang asas. Anda bolehlah terus berkarya semahunya selepas itu.

KOMEN PEMBACA

  • Learn Digital Marketing on membuang ikon pensil
    I don’t know how should I give you thanks! I am totally stunned by your article. You saved my time....(more)
  • UI UX Designers Delhi on membuang ikon pensil
    Very interesting blog. A lot of blogs I see these days don't really provide anything that...(more)
  • crf6adv on membuang ikon pensil
    Nice Blog... crf6adv.com
  • Anonymous on membuang ikon pensil
    Jemputlah ke laman web kami. Mungkin ada sesuatu yang menarik dan bermanfaat untuk anda di...(more)
  • Anonymous on memasukkan digg button ke artikel
    tahniah..